RELATIF: Majalah Maya Terbaik . Berita . Rencana . Wawancara . Foto . Paparan Eksklusif . Sebuah Karya Ilmiah dan Akademik . Berita dan Rencana Mencakupi Pelbagai Bidang . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 10 Februari 2023

Misteri Wanita Dalam Belukar


 MISTERI WANITA DALAM BELUKAR

KOTA BHARU, KELANTAN: KAMPUNG Bawah Lembah yang letaknya di Jalan Telipot – Jalan Tengku Mohd. Ma’asum di laluan Kg. Paya Senang, Kota Bharu, Kelantan mencetuskan pelbagai kejadian misteri semenjak laluan itu dibuka pada tahun 2004 dulu. Kampung berkenaan pada masa dulu merupakan kawasan hutan, belukar dan semak-samun yang agak tebal dan pernah dikatakan kawasan dan tempat buangan saka.

Kampung Bawah Lembah ini pada masa dulu memang misteri
 

Kejadian yang menyeramkan setiap kali malam menjelma memang pernah berlaku bagi yang pernah mengalami dan merasai situasi begitu pada tahun-tahun 1990-an dulu. Namun, bagi yang tidak merasai pengalaman sedemikian adalah sebaliknya. Ada di kalangan penduduk yang pernah menemui seekor haiwan seperti seekor seladang yang agak besar berwarna hitam sering mundar-mandir di laluan itu dan kejadian nahas yang mengerikan turut dikaitkan dengan jelmaan haiwan seladang itu.

Namun, kejadian di bahagian dalam lorong kampung itu sering berlaku dan agak menakutkan apabila beberapa orang penduduk dan penghuni rumah di kawasan tersebut yang pernah melihat langsuir sedang bergayut dan terbang dari beberapa batang pokok dan hinggap di pokok lain adalah biasa terjadi pada ketika itu. Selain kejadian jelmaan hantu galah juga turut meremangkan bulu roma kanak-kanak yang pernah melihatnya.

Kejadian itu menjadi ketara sekitar tahun-tahun 2005 hingga 2016, tetapi kejadian terbabit nampaknya tidak selesai setakat itu apabila kejadian misteri jelmaan terbaharu berlaku pula pada tahun 2020.

Menurut perakam video kejadian berkenaan, Aziman Azmi mendakwa kejadian itu berlaku pada 13 Mac, 2020 (jam 8.30 malam). Pada ketika itu dia tidak menyangka kerana suasana malam yang agak gelap ketika itu tentunya tidak menggambarkan sesuatu yang pelik, apabila ketika dia sedang memandu kenderaan untuk keluar dari parkir, lampu kenderaannya tersilau ke arah sebatang tubuh seperti wanita yang berpakaian baju kurung berwarna merah bunga ros sambil membelakanginya. Kelihatan juga tangannya seperti sedang memangku sesuatu melihatkan kepada sebelah tangannya yang kelihatan senget sebelah seolah-olah sedang mengendong sesuatu. Dia agak wanita itu sedang memangku bayinya.

 Aziman bin Aziman (Perakam Video)

Namun, dia tidak pasti ke mana hala dan tujuan wanita itu menjelma pada malam itu melihatkan jelmaan wanita berbaju kurung merah ros itu seperti tidak berganjak dari tempatnya berdiri.




Inilah bentuk lembaga wanita yang muncul dalam semak itu.

Lembaga itu muncul dalam belukar di belakang kereta MPV di situ


 Dalam belukar inilah wanita itu muncul pada pagi tersebut

Kata Aziman, dia merakam suasana malam itu dengan menggunakan telefon pintar miliknya yang diletakkan pada tempat dashcam. Pada mulanya, dia mengagak tiada sesuatu kejadian yang pelik, namun apabila memeriksa telefon pintarnya itu didapati memang wujud jelmaan seorang wanita pada malam tersebut.

Pada tahun 2015 dulu, makhluk halus iaitu seorang kanak-kanak perempuan pernah menyaksikan kami sedang mengecat rumah kediaman berikutan kejadian banjir kuning atau bah kuning yang melanda Kelantan pada tahun 2014 dulu. Jadi, selepas solat Isyak pada malam itu kami anak-beranak meneruskan rutin harian dengan melakukan aktiviti mengecat rumah, sehinggalah kanak-kanak perempuan itu tertarik dengan aktiviti kami sekeluarga pada malam tersebut.

Mungkin juga, kanak-kanak perempuan itu adalah anak kepada jelmaan makhluk wanita pada 13 Mac, 2020 itu dan bayi yang dipangkunya itu adalah anaknya yang baharu dilahirkan.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH